TENTANG KAMI

Hi, Salam Perkenalan dari Mama G Food! Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2013 dan diterajui oleh graduan UiTM yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan dan dunia perniagaan! Syarikat kami beroperasi di Melaka dan kami mengilang pelbagai jenis Sos Pedas

MAMA G
'The Bomb Expert'

Syarikat kami adalah pengeluar sos unik bertemakan 'bomb' iaitu sos yang mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. Setiap sos kami menjanjikan rasa yang terbaik, khusus buat penggemar pedas. Tagline kami adalah - The Bomb Expert dan bomb kami semestinya enak, mengancam dan juga halal untuk dimakan!

CheeseBomb

Sos Keju Pedas

Cheesebomb adalah sos keju pedas pertama di Malaysia. Rasa lemak cheese dan pedas adalah seimbang maka rasa muak ketika memakan cheese dapat dikurangkan.

BlackBomb

Sos Madu Pedas

Blackbomb adalah Sos Madu Pedas. Sos ini diinspirasikan dari sos korea, Buldak iaitu sos ayam goreng madu pedas.

SaltedEgg Bomb

Sos TelurMasin Pedas

Saltedegg Bomb adalah sos keluaran khas Mama G dan hanya dikeluarkan pada waktu waktu tertentu sahaha. Keunikkan rasa lemak kuning telur asin dan daun kari memang sangat sesuai dimakan dengan apa sapa sahaja.

HALAL & MESTI

Menyedari tentang kepentingan penghasilan produk yang bersih, halal dan selamat, dengan bantuan Mardi & Fama, syarikat kami telah berjaya mendapatkan sijil Halal dari MAIM dan juga sijil Mesti dari Jabatan Kesihatan Negeri.

 

 

Sijil Halal
Sijil Mesti
Show More
Belakang Takbir

Semua produk kami dihasilkan dengan kawalan ketat untuk memastikan kualitinya terjaga. Kami menggunakan bahan mentah terpilih untuk memastikan hasil yang terbaik. Kesemua sos kami mengalami kawalan ketat untuk memastikan kualiti produk terjamin. Pekerja kami juga adalah terlatih dan menjalani kursus pemakanan dan mengambil suntikan typhoid untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan.

 

 

SOS VIRAL

Terdapat lebih daripada 18k video pelanggan sos kami melalui carian hashtag #Cheesebomb & #Blackbomb di Sosial Media. Ramai yang mempercayai sos kami kerana kualiti produk yang tinggi.

 

1/2
PENCAPAIAN & ANUGERAH

Syarikat kami pernah memenangi anugerah Best SME daripada Jabatan Kesihatan Melaka dan juga Best Food Product bagi program Satu Daerah Satu Industri anjuran MITI

EVENT & EXPO

Antara Event yang pernah kami sertai termasuklah Tastefully Food & Beverages, AbsolutFoodFest, SDSI, Fame Fest dan lain-lain lagi.

 

TESTIMONIAL

The best cheese pedas product i w ever tasted πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Serious sedap, 100% Halal & Keluaran Bumiputra.

Blackbomb n cheesebomb memang power...bile nk pasarkn di hypermarket? sbb dh merata cari tp susah jumpa..last2 jumpa kt petro pump

Sos Cheesebomb dia sumpah sedap weyh πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Alamat

Mama G Marketing Sdn Bhd (1048994-p)

JC162, Jalan Bunga Raya,

Bandar Jasin Bestari,

77200, Jasin, Melaka

Contact Us

​

E-MAIL: mamagfood@gmail.com

Facebook

Sijil Mesti