TENTANG KAMI

Hi, Salam Perkenalan dari Mama G Food! Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2013 dan diterajui oleh graduan UiTM yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan dan dunia perniagaan! Brand Mama G adalah diambil dari inspirasi nama ibunda founder syarikat ini iaitu OGY. Syarikat kami beroperasi di Melaka dan kami mengilang pelbagai jenis Sos Pedas

MAMA G
'The Bomb Expert'

Syarikat kami adalah pengeluar sos unik bertemakan 'bomb' iaitu sos yang mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. Setiap sos kami menjanjikan rasa yang terbaik, khusus buat penggemar pedas. Tagline kami adalah - The Bomb Expert dan bomb kami semestinya enak, mengancam dan juga halal untuk dimakan!

PRODUK KAMI
WhatsApp Image 2021-03-12 at 8.36.40 PM.

Cheesebomb - Sos Keju Pedas

RM18

Sos keju pedas. Diperbuat daripada 3 jenis keju, cili, bawang putih, cuka, dll. Rasa pedas berlemak yang luar biasa. Rasa pedas yang balance dan boleh membuang rasa muak cheese.

WhatsApp Image 2021-03-12 at 8.36.37 PM

Cheesepop - Sos Keju Serbaguna

RM10

Sos super cheesy untuk penggemar cheese. Tidak pedas dan sesuai untuk semua peringkat umur.

WhatsApp Image 2021-03-12 at 8.36.38 PM.

Spicy Chicken Teriyaki - Sos Ayam Teriyaki Pedas

RM18

Menggunakan cili import yang 3x lagi pedas dari cili padi! Sos ini multipurpose. Nak buat marinade boleh, nak cicah boleh, atau nak berus kat ayam goreng ala ala ayam korea pun boleh!

WhatsApp Image 2021-03-12 at 8.36.39 PM.

Spicy Honey Cheese - Sos Keju Madu Pedas

RM18

Rasa manis berlemak pedas. Rasa cheese yang dicairkan didalam madu. Kedengaran pelik tapi berjaya dilakukan dengan teknologi mesin  kami yang power. Sos ni paling best salut kat ayam goreng.

WhatsApp Image 2021-03-12 at 8.36.38 PM

Honey Mustard - Sos Honey Mustard

RM18

Manis creamy masam. Sos ini mengggunakan 3 bahan premium. Mayonis Lady Choise, Heinz Yellow Mustard, Madu Asli. Dimasak dengan suhu sederhana, sos ini di'temper' sempurna sampai sebati. Makan dengan burger ngan fries sedap!

166671494_270004601397956_53411210266117

Spicy Salted Egg - Sos Telur Masin Pedas

RM18

Limited edition sos - hanya dikeluarkan semasa bulan Ramadhan sahaja. Penggemar salted egg kena cuba. Rasa masin berlemak pedas. Tidak hanyir dan manis melampau. Makan dengan burger dengan fries!

HALAL & MESTI

Menyedari tentang kepentingan penghasilan produk yang bersih, halal dan selamat, dengan bantuan Mardi & Fama, syarikat kami telah berjaya mendapatkan sijil Halal dari MAIM dan juga sijil Mesti dari Jabatan Kesihatan Negeri.

 

 

Sijil Halal
Sijil Mesti
Show More
Belakang Takbir

Semua produk kami dihasilkan dengan kawalan ketat untuk memastikan kualitinya terjaga. Kami menggunakan bahan mentah terpilih untuk memastikan hasil yang terbaik. Kesemua sos kami mengalami kawalan ketat untuk memastikan kualiti produk terjamin. Pekerja kami juga adalah terlatih dan menjalani kursus pemakanan dan mengambil suntikan typhoid untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan.

 

 

SOS VIRAL

Terdapat lebih daripada 18k video pelanggan sos kami melalui carian hashtag #Cheesebomb & #Blackbomb di Sosial Media. Ramai yang mempercayai sos kami kerana kualiti produk yang tinggi.

 

1/2
PENCAPAIAN & ANUGERAH

Syarikat kami pernah memenangi anugerah Best SME daripada Jabatan Kesihatan Melaka dan juga Best Food Product bagi program Satu Daerah Satu Industri anjuran MITI

EVENT & EXPO

Antara Event yang pernah kami sertai termasuklah Tastefully Food & Beverages, AbsolutFoodFest, SDSI, Fame Fest dan lain-lain lagi.

 

Contact Us

Facebook

Alamat

Mama G Marketing Sdn Bhd (1048994-p)

JC3206, Jalan Serkam Estet, Melaka Halal Hub Fasa Baru, 77300, Serkam Merlimau, Jasin, Melaka.

mamagfood@gmail.com

013-6095150 (Hafidz)

Sijil Halal