TENTANG KAMI
Hi, Salam Perkenalan dari Mama G Food! Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2013 dan diterajui oleh graduan UiTM yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan dan dunia perniagaan! Brand Mama G adalah diambil dari inspirasi nama ibunda founder syarikat ini iaitu OGY. Syarikat kami beroperasi di Melaka dan kami mengilang pelbagai jenis Sos Pedas

MAMA G
'The Bomb Expert'
Syarikat kami adalah pengeluar sos unik bertemakan 'bomb' iaitu sos yang mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. Setiap sos kami menjanjikan rasa yang terbaik, khusus buat penggemar pedas. Tagline kami adalah - The Bomb Expert dan bomb kami semestinya enak, mengancam dan juga halal untuk dimakan!
PRODUK KAMI
HALAL & MESTI
Menyedari tentang kepentingan penghasilan produk yang bersih, halal dan selamat, dengan bantuan Mardi & Fama, syarikat kami telah berjaya mendapatkan sijil Halal dari MAIM dan juga sijil Mesti dari Jabatan Kesihatan Negeri.
Belakang Takbir
Semua produk kami dihasilkan dengan kawalan ketat untuk memastikan kualitinya terjaga. Kami menggunakan bahan mentah terpilih untuk memastikan hasil yang terbaik. Kesemua sos kami mengalami kawalan ketat untuk memastikan kualiti produk terjamin. Pekerja kami juga adalah terlatih dan menjalani kursus pemakanan dan mengambil suntikan typhoid untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan.
SOS VIRAL
Terdapat lebih daripada 18k video pelanggan sos kami melalui carian hashtag #Cheesebomb & #Blackbomb di Sosial Media. Ramai yang mempercayai sos kami kerana kualiti produk yang tinggi.
PENCAPAIAN & ANUGERAH
Syarikat kami pernah memenangi anugerah Best SME daripada Jabatan Kesihatan Melaka dan juga Best Food Product bagi program Satu Daerah Satu Industri anjuran MITI
EVENT & EXPO
Antara Event yang pernah kami sertai termasuklah Tastefully Food & Beverages, AbsolutFoodFest, SDSI, Fame Fest dan lain-lain lagi.

Contact Us